Tampilkan postingan dengan label ke. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label ke. Tampilkan semua postingan

Selasa, 25 Februari 2014


Kuala Lumpur – Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang menuntut di sebuah sekolah berasrama di Nelson, New Zealand melakukan mogok lapar bermula semalam sebagai tanda bantahan apabila tidak dibenarkan pulang menziarahi neneknya yang sakit di Malaysia.

Difahamkan, sebuah Mahkamah Keluarga di Nelson mengeluarkan perintah agar pasport remaja itu, Sabrina Ng disekat selepas ibunya yang sudah bercerai dengan bapanya membuat permohonan melarangnya pulang ke Malaysia.

Bapa Sabrina, Ng Ghim Hwa, 51, ketika dihubungi Harian Metro berkata, anaknya sepatutnya pulang bersamanya ke Malaysia Sabtu lalu.

Bagaimanapun, katanya bekas isterinya, Ellen Cabiling Bonilla, seorang rakyat Filipina memohon kepada mahkamah keluarga di Nelson untuk mengenakan sekatan ke atas pasport anaknya dalam usaha mencegahnya pulang ke Malaysia.

Ng berkata, dia berkahwin dengan Bonilla pada 1998 sebelum isterinya meninggalkan dia bersama Sabrina pada 2008. – HARIAN METRO

Sabtu, 21 Desember 2013

sinarharian 25 Januari 2013
Anwar Ibrahim Anwar Ibrahim ketika ditemui pada satu wawancara eksklusif di pejabatnya semalam. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR
PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini hari ini menghidupkan semula kes saman fitnah RM100 juta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.
Panel hakim tiga anggota dipengerusikan Datuk Ramly Ali sebulat suara membenarkan rayuan Anwar bagi menghidupkan semula saman sivil beliau terhadap Anifah atas kapasiti peribadi menteri itu.

Kes itu juga diperintahkan dikembalikan semula ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan di hadapan hakim yang lain.

Panel yang turut dianggotai Datuk Anantham Kasinater dan Datuk David Wong Dak Wah, bagaimanapun menolak dengan kos rayuan Anwar untuk menghidupkan semula samannya terhadap Anifah atas kapasiti rasmi beliau sebagai Menteri Luar dan kerajaan Malaysia.

Pada 5 Januari tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Anifah dan kerajaan untuk membatalkan saman Anwar terhadap mereka berhubung tuduhan yang didakwa dibuat menteri itu pada Mei 2010 semasa sidang akhbar di Jabatan Negara di Washington.

Panel itu memerintahkan Anwar membayar RM10,000 sebagai kos perundangan.

Peguam yang mewakili Anifah, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu mahkamah beliau menerima arahan untuk membawa kes itu ke Mahkamah Persekutuan.

Pada 27 Mei 2009, Anwar menyaman Anifah atas kapasiti peribadi dan rasmi beliau dan kerajaan Malaysia mendakwa menteri itu memfitnahnya dalam sidang akhbar bersama Anifah dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton.

Dalam pernyataan tuntutannya, Anwar mendakwa tuduhan Anifah tidak berasas dan cuai.

Beliau mendakwa kenyataan Anifah telah dilaporkan secara meluas dalam media tempatan dan asing.

Anwar memohon RM100 juta sebagai ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan, kos dan relif lain difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Anwar diwakili peguam R.Sivarasa manakala Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh mewakili Anifah, atas kapasiti rasmi beliau dan kerajaan. - Bernama
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!