Tampilkan postingan dengan label polis. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label polis. Tampilkan semua postingan

Kamis, 06 Februari 2014



KOTA KINABALU: Polis Sabah telah memulakan siasatan ke atas surat yang kononnya ditulis oleh militan Sulu menyatakan bahawa mereka akan datang ke Tambunan, kawasan pedalaman Sabah, untuk serangan membalas dendam.


Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib pada Sabtu berkata polis telah mengesan sumber surat itu walaupun ia disyaki tiada kaitan dengan pencerobohan tentera Sulu di Lahad Datu awal tahun ini.

"Kami telah memulakan siasatan kami sendiri walaupun tiada laporan rasmi polis dibuat," Hamza berkata ketika dihubungi melalui telefon.

Beliau berkata polis tidak percaya penulis surat itu mempunyai apa-apa kaitan dengan kumpulan militan Sulu, dan hanya bertindak dengan kehendaknya sendiri.

Kesahihan surat itu diragui, katanya.

Surat bertarikh 3 Julai yang ditandatangani oleh "Komando Militan" bagi pihak Kesultanan Sulu dan keluarga Kiram telah dihantar kepada pegawai daerah Tambunan, pegawai polis dan masyarakat Tambunan memberi amaran bahawa mereka mahu memulakan perang di daerah Tambunan sebagai membalas dendam terhadap pertempuran di Kampong Tanduo, Lahad Datu menjelang Ogos.

Hamza berkata pasukan polis dan keselamatan menganggap semua ancaman ini serius dan akan melakukan siasatan.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Tambunan dan Ahli Parlimen Keningau menggesa pihak berkuasa menyiasat surat itu walaupun meragui kesahihannya.

"Ini adalah sesuatu yang kita tidak boleh biarkan sahaja. Kita perlu mengambil perhatian serius," kata Pairin, sambil menambah beliau berharap polis akan mencari penulis surat dan "mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap orang seperti itu".

Mengenai dakwaan militan Sulu telah merancang untuk kembali ke Sabah, Hamza berkata pasukan keselamatan sentiasa bersedia untuk berdepan sebarang ancaman dan sementara itu juga memeriksa semua laporan dan khabar angin.

Bagaimanapun, beliau berkata sudah menjadi sebahagian daripada modus operandi kumpulan Sulu untuk menyebarkan "propaganda palsu" dan mewujudkan rasa takut di kalangan rakyat.

"Mereka membuat banyak kenyataan sebagai sebahagian daripada propaganda mereka," katanya.

Selasa, 31 Desember 2013

SELASA, 13 MAC 2012





PASIR GUDANG - Polis Johor mahu mendapatkan kerjasama rakan mereka dari Kelantan untuk "mencekup" seorang wanita yang menghubungi ibu kanak-kanak Nurul Nadhirah Abdullah, yang diculik dan semalam disahkan dibakar, dengan menelefon dan menghantar SMS berbaur ugutan meminta wang tebusan.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff di sini, hari ini.

Ibu mangsa, Roselyn Alan, 25, dilaporkan menerima panggilan dan SMS daripada seorang wanita tidak dikenali dari Kelantan, semalam.

Mohd Mokhtar berkata, pihaknya telah berhubung dengan polis negeri itu bagi membantu menyiasat kes tersebut.

"Kita minta bantuan polis Kelantan untuk cekup individu itu, kesan dia dan bawak dia ke Johor," katanya.

Roselyn sebelum ini dilaporkan menerima panggilan telefon dan SMS daripada seorang yang tidak dikenali mengugut untuk membunuh Dirang jika tidak dibayar wang tebusan sebanyak RM30,000.

Polis semalam mengesahkan mayat rentung yang ditemui di ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Masai dekat sini pada Khamis lalu sebagai Nurul Nadhirah setelah mendapat keputusan hasil ujian asid Deoksiribonukleik (DNA) daripada Jabatan Kimia.

Nurul Nadhirah hilang pada 1 Mac lalu ketika keluar membeli mi segera dan telur di kedai runcit di kawasan kediamannya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengunjungi keluarga Nurul Nadhirah atau lebih dikenali sebagai Dirang di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam Pasir Gudang di sini hari ini.

Sambil menyifatkan individu yang terlibat dalam kes bunuh dan bakar kanak-kanak itu sebagai penjenayah kejam, berhati binatang dan tidak berperikemanusian menyiksa insan kerdil yang tidak berdosa, beliau menegaskan
suspek yang terlibat akan dihadapkan ke muka pengadilan secepat mungkin.

Katanya, tiga daripada empat suspek termasuk seorang wanita berumur 30 hingga 40 tahun itu didapati positif dadah jenis metamphetamine dan ice manakala dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau bagi kesalahan dadah dan curi.

Minggu, 22 Desember 2013


  • Susan Loone
  • Malaysiakini 3:04PM Jan 27 2013
Ketua polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung seruannya untuk membakar Bible dalam bahasa Melayu dan tulisan Jawi yang menggunakan kalimah Allah.
Katanya, MP Pasir Mas itu akan disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Peruntukan itu adalah berhubung kesalahan menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan.

Ia memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih lima tahun.

Bercakap dalam satu sidang media hari ini, Abdul Rahim juga berkata polis menerima tujuh laporna polis berhubung kenyataan Ibrahim.

Selasa, 17 Desember 2013


Khamis, 16 Mei 2013 

Polisi Saudi: Pengguna Twitter Rugi Dunia Akhirat
BBC
Tingkat kenaikan pengguna Twitter di Saudi termasuk yang paling cepat.
Ketua polis  agama di Arab Saudi mengecam meningkatnya pengguna media sosial seperti Twitter di negara tersebut. Sheikh Abdul-Latif al-Sheikh mengatakan warga Saudi yang menggunakan Twitter akan merugi baik di dunia maupun di akhirat.

Ini bukan untuk pertama kalinya Al-Sheikh melempar pernyataan soal Twitter. Pada akhir Mac lalu, di hadapan para ulama Saudi ia menyebut Twitter sebagai medium untuk menyebar pesan-pesan yang tidak benar.

Pada hari yang sama imam masjid di Mekah mengatakan warga berhak untuk mengemukakan pendapat, namun harus dilakukan dengan hati-hati untuk melindungi integriti dan kewibawaan negara.

Pernyataan ini dipandang sebagai isyarat kekhuatiran para pegawai Saudi soal pemanfaatan Twitter oleh warga untuk membahas masalah politik, sosial, dan agama yang sensitif.

Di negara-negara Arab, Twitter antara lain dimanfaatkan untuk menggalang dukungan dan mengkoordinasikan gerakan saat terjadi pergolakan politik.

Namun banyak pula pemerintah daerah di kawasan yang memakai Twitter sebagai alat komunikasi dengan publik. Saudi diyakini sebagai salah satu dengan tingkat kenaikan pengguna Twitter yang paling besar di dunia.
Sumber :
BBC Indonesia
Editor :
Egidius Patnistik
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!