Tampilkan postingan dengan label kerana. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kerana. Tampilkan semua postingan

Selasa, 25 Februari 2014


Kuala Lumpur – Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang menuntut di sebuah sekolah berasrama di Nelson, New Zealand melakukan mogok lapar bermula semalam sebagai tanda bantahan apabila tidak dibenarkan pulang menziarahi neneknya yang sakit di Malaysia.

Difahamkan, sebuah Mahkamah Keluarga di Nelson mengeluarkan perintah agar pasport remaja itu, Sabrina Ng disekat selepas ibunya yang sudah bercerai dengan bapanya membuat permohonan melarangnya pulang ke Malaysia.

Bapa Sabrina, Ng Ghim Hwa, 51, ketika dihubungi Harian Metro berkata, anaknya sepatutnya pulang bersamanya ke Malaysia Sabtu lalu.

Bagaimanapun, katanya bekas isterinya, Ellen Cabiling Bonilla, seorang rakyat Filipina memohon kepada mahkamah keluarga di Nelson untuk mengenakan sekatan ke atas pasport anaknya dalam usaha mencegahnya pulang ke Malaysia.

Ng berkata, dia berkahwin dengan Bonilla pada 1998 sebelum isterinya meninggalkan dia bersama Sabrina pada 2008. – HARIAN METRO

Senin, 30 Desember 2013


JUARA Akademi Fantasia musim kelapan, Shahir Zawawi menafikan kehilangannya dalam bidang seni adalah disebabkan pelakon wanita yang dikaitkan dengannya sebelum ini iaitu Rozita Che Wan atau Che Ta.

Sebaliknya, Shahir menjelaskan kehilangannya itu adalah disebabkan perniagaan keluarga yang dijalankannya sejak setahun lalu.

“Itu semua tidak benar, saya tidak menghilangkan diri kerana Che Ta. Setahun rasanya saya tidak terlibat dengan kerja-kerja dunia nyanyian kerana tanggungjawab saya terhadap keluarga,” katanya kepada portal Murai.

Shahir juga menjelaskan gosip mengatakan dirinya bercinta dengan Che Ta sebelum ini hanyalah gosip liar semata-mata.

Malah penyanyi bersuara serak-serak basah itu juga mendoakan kebahagiaan Che Ta dan pasangannya, Zain Saidin yang dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga pada bulan Disember depan.

“Kepada Che Ta dan Zain, tahniah saya ucapkan, saya mendoakan semoga bahagia hingga ke akhir hayat,” katanya.

Oleh: AUDREY LEE
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!