
JUARA Akademi Fantasia musim kelapan, Shahir Zawawi menafikan kehilangannya dalam bidang seni adalah disebabkan pelakon wanita yang dikaitkan dengannya sebelum ini iaitu Rozita Che Wan atau Che Ta.
Sebaliknya, Shahir menjelaskan kehilangannya itu adalah disebabkan perniagaan keluarga yang dijalankannya sejak setahun lalu.
“Itu semua tidak benar, saya tidak menghilangkan diri kerana Che Ta. Setahun rasanya saya tidak terlibat dengan kerja-kerja dunia nyanyian kerana tanggungjawab saya terhadap keluarga,” katanya kepada portal Murai.
Shahir juga menjelaskan gosip mengatakan dirinya bercinta dengan Che Ta sebelum ini hanyalah gosip liar semata-mata.
Malah penyanyi bersuara serak-serak basah itu juga mendoakan kebahagiaan Che Ta dan pasangannya, Zain Saidin yang dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga pada bulan Disember depan.
“Kepada Che Ta dan Zain, tahniah saya ucapkan, saya mendoakan semoga bahagia hingga ke akhir hayat,” katanya.
Oleh: AUDREY LEE
0 komentar:
Posting Komentar