Selasa, 31 Desember 2013

SELASA, 13 MAC 2012





PASIR GUDANG - Polis Johor mahu mendapatkan kerjasama rakan mereka dari Kelantan untuk "mencekup" seorang wanita yang menghubungi ibu kanak-kanak Nurul Nadhirah Abdullah, yang diculik dan semalam disahkan dibakar, dengan menelefon dan menghantar SMS berbaur ugutan meminta wang tebusan.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff di sini, hari ini.

Ibu mangsa, Roselyn Alan, 25, dilaporkan menerima panggilan dan SMS daripada seorang wanita tidak dikenali dari Kelantan, semalam.

Mohd Mokhtar berkata, pihaknya telah berhubung dengan polis negeri itu bagi membantu menyiasat kes tersebut.

"Kita minta bantuan polis Kelantan untuk cekup individu itu, kesan dia dan bawak dia ke Johor," katanya.

Roselyn sebelum ini dilaporkan menerima panggilan telefon dan SMS daripada seorang yang tidak dikenali mengugut untuk membunuh Dirang jika tidak dibayar wang tebusan sebanyak RM30,000.

Polis semalam mengesahkan mayat rentung yang ditemui di ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Masai dekat sini pada Khamis lalu sebagai Nurul Nadhirah setelah mendapat keputusan hasil ujian asid Deoksiribonukleik (DNA) daripada Jabatan Kimia.

Nurul Nadhirah hilang pada 1 Mac lalu ketika keluar membeli mi segera dan telur di kedai runcit di kawasan kediamannya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengunjungi keluarga Nurul Nadhirah atau lebih dikenali sebagai Dirang di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam Pasir Gudang di sini hari ini.

Sambil menyifatkan individu yang terlibat dalam kes bunuh dan bakar kanak-kanak itu sebagai penjenayah kejam, berhati binatang dan tidak berperikemanusian menyiksa insan kerdil yang tidak berdosa, beliau menegaskan
suspek yang terlibat akan dihadapkan ke muka pengadilan secepat mungkin.

Katanya, tiga daripada empat suspek termasuk seorang wanita berumur 30 hingga 40 tahun itu didapati positif dadah jenis metamphetamine dan ice manakala dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau bagi kesalahan dadah dan curi.
TERKINI: Rita Menang, Mahkamah Batal Permohonan Aidil Dapatkan Hak Penjagaan Anak

SHAH ALAM – “Saya bersyukur kepada ALLAH kerana kebenaran telah terbukti.”
Demikian kata pelakon popular, Rita Rudaini Mokhtar dengan nada gembira selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membatalkan permohonan suaminya, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak untuk mendapatkan hak penjagaan (hadanah) ke atas dua anak mereka.
Rita mengakui tidak pernah melakukan kesalahan dan tidak pernah berasa takut dengan apa yang dilakukan oleh Aidil Zafuan.
“Saya benarkan Aidil Zafuan jumpa anak. Selepas tiga bulan beliau menghilangkan diri, Aidil Zafuan pernah bertemu dengan anak sebanyak empat kali.
“Bukan saya yang keluar rumah bawa anak. Jika dia (Aidil Zafuan) maklumkan kepada saya untuk jumpa anak, saya akan benarkan jika saya dan anak ada di rumah,” katanya.
Sebelum itu, Hakim Syarie Mohamed Fouzi Mokhtar menerima bantahan awal Rita berhubung status permaustautin pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan.
Menurutnya, Aidil Zafuan gagal membuktikan yang dia tinggal di USJ Subang Jaya kerana tidak mengemukakan alamat tempat tinggal secara kursus kepada mahkamah.
“Justeru, mahkamah tiada bidang kuasa untuk mendengar permohonan plantif,” katanya.
Mohamed Fouzi juga memerintahkan Aidil Zafuan membayar kos RM3,000 kepada Rita.
Rita, 36, berbaju kurung moden biru tiba di mahkamah jam 9.25 pagi manakala suaminya tidak hadir dan diwakili peguam Norasyada Osman.
Sementara itu, peguam syarie Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain ketika ditemui di luar mahkamah berkata, bantahan awal berkenaan difailkan anak guamnya terhadap Aidil Zafuan membabitkan isu tempat tinggal.
Katanya, Aidil Zafuan menggunakan alamat rumah yang didiami Rita di Damansara ketika permohonan hak penjagaan anak difailkan sedangkan beliau mengakui sudah meninggalkan rumah berkenaan sejak Januari tahun ini.
Beliau berkata, alamat penyampaian yang digunakan peguam Aidil Zafuan juga adalah alamat di Negeri Sembilan.
“Beliau kemudian memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau sudah berpindah ke USJ 1, tetapi tidak pernah pada bila-bila masa, dalam dokumen yang digunakan dalam prosiding itu,” katanya.
Permohonan hak penjagaan anak difailkan Aidil Zafuan pada 20 Jun lalu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah dan diserahkan kepada isterinya pada 27 Jun lalu.
Pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki Airit Rayyan Rizqin, 2, dan Airit Qaqa Arjuna berusia lapan bulan.
Media sebelum ini melaporkan rumah tangga pasangan suami isteri itu tegang apabila Aidil Zafuan keluar dari rumah mereka di Damansara. – SINAR HARIAN

Senin, 30 Desember 2013


Juara Realiti TV Didakwa Rogol Teman Wanita
Juara Realiti TV Didakwa Rogol Teman Wanita - KUALA LUMPUR : Seorang suspek juara realiti televisyen didakwa telah merogol teman wanitanya di sebuah rumah di Ukay Perdana semalam.
Suspek yang berusia 20-an ditahan pada jam 12 tengahari di Taman Melati setelah wanita tersebut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya berhubung kes rogol berkenaan.
Ketika kejadian yang berlaku pada 31 Januari lalu pada jam 12.40 tengahari wanita tersebut mendakwa berada di rumah kekasihnya dan ketika itulah dia dirogol.
Sumber turut memberitahu bahawa berdasarkan laporan polis, penyanyi itu dikatakan merogol mangsa ketika keluarga suspek tiada di rumah.
Jika suspek didapati bersalah atas dakwaan merogol teman wanita sendiri, beliau boleh dipenjara selama 20 tahun dan juga sebatan.
Penahanan penyanyi itu juga telah disahkan sendiri oleh Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amirudin Jamaluddin namun enggan mengulas lanjut berkaitan kes ini. – Kosmo

JUARA Akademi Fantasia musim kelapan, Shahir Zawawi menafikan kehilangannya dalam bidang seni adalah disebabkan pelakon wanita yang dikaitkan dengannya sebelum ini iaitu Rozita Che Wan atau Che Ta.

Sebaliknya, Shahir menjelaskan kehilangannya itu adalah disebabkan perniagaan keluarga yang dijalankannya sejak setahun lalu.

“Itu semua tidak benar, saya tidak menghilangkan diri kerana Che Ta. Setahun rasanya saya tidak terlibat dengan kerja-kerja dunia nyanyian kerana tanggungjawab saya terhadap keluarga,” katanya kepada portal Murai.

Shahir juga menjelaskan gosip mengatakan dirinya bercinta dengan Che Ta sebelum ini hanyalah gosip liar semata-mata.

Malah penyanyi bersuara serak-serak basah itu juga mendoakan kebahagiaan Che Ta dan pasangannya, Zain Saidin yang dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga pada bulan Disember depan.

“Kepada Che Ta dan Zain, tahniah saya ucapkan, saya mendoakan semoga bahagia hingga ke akhir hayat,” katanya.

Oleh: AUDREY LEE

Minggu, 29 Desember 2013

SEO adalah singkatan bagi satu terma teknologi maklumat iaitu Search Engine Optimization. SEO sering dibincangkan dalam seminar perniagaan internet kerana ia merupakan salah satu strategi pemasaran yang berkesan di internet.



Andaian yang boleh diberikan ialah bagaimana untuk membuat laman web organisasi Y berada dalam senarai carian yang pertama dalam laman web enjin carian seperti Google sekiranya seseorang menaip perkataan komputer di laman web enjin carian Google tersebut? Jadi, ini adalah sebahagian daripada strategi pemasaran di internet.

Terdapat teknik-teknik SEO yang boleh digunakan untuk manipulasi algoritma atau tata cara perjalanan proses bagi sesebuah laman web enjin carian bagi menempatkan kedudukan sesebuah laman web itu di senarai carian yang teratas.

Teknik-teknik SEO ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu White Hat SEO dan Black Hat SEO. White Hat SEO adalah teknik-teknik SEO yang digunakan mengikut cara yang dibenarkan oleh sesebuah laman web enjin carian.

Black Hat SEO pula adalah teknik-teknik SEO yang tidak dibenar menggunakannya oleh pihak laman web enjin carian.

Penarafan senarai carian teratas dengan kata kunci tertentu juga boleh dibayar kepada pihak laman web enjin carian untuk mendapatkan tempat yang tertinggi dalam senarai carian tersebut.

Teknik-teknik White Hat SEO yang boleh digunakan adalah seperti penempatan penggunaan kata kunci dengan perkataan tertentu seperti komputer, motivasi dan lain-lain, analisis sambungan atau Link Building Analysis, penggunaan Link Exchanges, Onsite Analysis, penggunaan Meta Tags untuk menempatkan beberapa kata kunci bagi memberi maklumat sesebuah laman web dan lain-lain.

Beberapa teknik Black Hat SEO pula adalah seperti Keyword Stuffing, Page Stuffing, Selling and Farming Link dan lain-lain.

Terdapat juga program-program komputer yang boleh digunakan untuk menjalankan teknik-teknik tertentu dalam perlaksanaan SEO ini.

Program komputer yang digunakan bagi teknik Link Building Analysis adalah seperti Google Alerts, Majestic SEO, Open Site Explorer, OnlyWire, Seesmic Ping, Affiliorama SEO Toolbar dan lain-lain.

Program komputer yang digunakan untuk teknik penggunaan kata kunci pula adalah seperti Google Adwords Keyword Tool, Google Trends, Google Insights for Search, Google Correlate, Google Related Searches, BuzzFeed, Alexa, Soovle, Keyword Discovery, Kgen, Keyword Questions, SearchStats Plugin dan lain-lain.

Seterusnya program komputer yang digunakan untuk teknik Onsite Analysis adalah seperti Google Analytics, Woo Rank, HubSpot Marketing Grader, SEOTools for Excel, SiteTrail for Chrome, SEOQuake, SEOBook, SEO for Chrome dan lain-lain.

SEO adalah satu cara yang digunakan untuk penarafan senarai carian sesebuah laman web bagi carian tertentu dalam laman-laman web enjin carian dengan menggunakan teknik-teknik tertentu yang bersesuaian dengan tata cara sesebuah laman web enjin carian tersebut.

Dengan mendapat kedudukan senarai carian laman web yang tertinggi di sesebuah laman web enjin carian bagi kategori tertentu, ia akan meningkatkan capaian oleh pengunjung sasaran di internet.

Jadi, ini akan meningkatkan promosi dan pemasaran bagi sesebuah perkhidmatan atau produk di internet menerusi laman web organisasi.

Sebagai contoh, apabila pengguna menaip perkataan komputer di laman web Google, alamat laman web http://titianfana.blogspot.com akan berada dalam kelompok senaraian lima tertinggi.

Secara automatik atau kebiasaan, pengguna akan cuba masuk ke laman web tersebut.

-Utusan

Noraniza Idris Menyara Suami Tidak Bekerja?
Noraniza Idris Menyara Suami Tidak Bekerja? - Sejak penyanyi lagu Awallah Dondang ini berkahwin untuk kali kedua dengan seorang bilal dari Singapura, nama Noraniza Idris agak jarang kedengaran.
Bagaimanapun, selepas setahun hidup bersama Jeffri Hudi, 53, timbul pula dakwaan kurang enak mengenai Noraniza yang dikatakan telah mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga.
Dalam erti kata lain, Noraniza kini menggalas tugas menyara suaminya yang tidak bekerja.
Memetik laporan Sinar Harian, Noraniza, 44, yang mesra disapa Kak Ani menjelaskan, suaminya lebih suka bersikap low profile walaupun sering terlibat dalam program seni yang membabitkannya.
“Mungkin orang lihat saya lebih menonjol kerana gelaran status selebriti yang saya pegang.
“Manakala, suami saya pula banyak terlibat dalam urusan pemasaran. Sebab itu, orang tidak nampak dia sangat,” katanya.
Tambahnya, suaminya juga masih mempunyai pekerjaan lain yang perlu diberi komitmen.
Dia kini menjalankan perniagaan membekal barang-barang runcit serta menjadi bilal bebas di masjid di Seri Kembangan, Selangor.
“Sudah tentu dia juga perlu mencari rezeki kerana mempunyai anak-anak di Singapura.
“Lagipun, takkan semua aktivitinya hendak dikongsi dengan media kerana dia bukan artis,” kata ibu kepada Mohammad Aliff Haiqal, 23, dan Mohd Alfeeq Haikal, 19, ini.
Dalam pada itu, kini suaminya sudah pun memohon untuk menjadi warganegara Malaysia.
Buat masa ini, dia sudah menetap di sini dan sedang menunggu kelulusan permohonan kewarganegaraan Malaysia.
“Malah, dia juga semakin menyesuaikan diri dengan suasana di sini,” katanya yang akan memperlahankan karier seninya selepas September ini demi memenuhi permintaan suami. – MyNewsHub

Sabtu, 28 Desember 2013

myMetro
rnoraina@hmetro.com.my
 
DI SINI...asrama tempat seorang penghuni wanita dikorek mata  kanannya oleh seorang penghuni lain.
DI SINI...asrama tempat seorang penghuni wanita dikorek mata kanannya oleh seorang penghuni lain.
KUALA KUBU BARU: “Jeritan mangsa disedari kakitangan yang bergegas ke tempat kejadian dan terkejut melihat mangsa berlumuran darah,” kata Pengetua Asrama Wanita Taman Sinar Harapan, Kuala Kubu Bharu, Saiful Nizam Mohd Nor, di sini.
Beliau menceritakan kejadian seorang wanita orang kelainan upaya (OKU) berusia 40-an meraung apabila mata kanannya dikorek seorang remaja berusia 19 tahun yang mempunyai masalah tekanan jiwa, Selasa lalu.
Menurutnya, lima kakitangan meleraikan genggaman remaja itu dan menyelamatkan mangsa.

“Mangsa dikejarkan ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) untuk menerima rawatan segera sebelum dihantar ke Hospital Selayang dan menjalani pembedahan,” katanya.
GA_googleFillSlot("HM_Island_Ad_400x200"); src="http://pubads.g.doubleclick.net/gampad/ads?correlator=2172732563639370&output=json_html&callback=GA_googleSetAdContentsBySlotForSync&impl=s&pstok=7x8euhoOfgsKAA&client=ca-pub-7231624659937647&slotname=HM_Island_Ad_400x200&page_slots=HMWeb_Inside_Leaderboard%2CHM_Island_Ad_400x200&cookie=ID%3Dff610a853946e448%3AT%3D1337568486%3AS%3DALNI_MbRBiInyaE5JDdDzrrnQ7ZHPRSzSg&url=http%3A%2F%2Fwww.hmetro.com.my%2Farticles%2FPanggilankorekmata%2FArticle&ref=http%3A%2F%2Fwww.hmetro.com.my%2F&lmt=1337913002&dt=1337913003022&biw=1252&bih=560&adk=649810479&adx=256&ady=908&ifi=2&oid=3&u_tz=480&u_his=50&u_h=768&u_w=1280&u_ah=736&u_aw=1280&u_cd=24&u_nplug=8&u_nmime=16&flash=10.3.181&gads=v2&ga_vid=1053466280.1337568488&ga_sid=1337912975&ga_hid=441754978&ga_fc=true">


Insiden ngeri itu menyebabkan mangsa berkemungkinan buta selepas biji mata kanannya hampir terkeluar akibat dikorek remaja terbabit menggunakan jarinya.
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!